Sunday 23 July 2017

Latihan Pusat KRS dan TKRS ke Perkhemahan Kebangsaan di Kem Timah Tasoh, Perlis

Latiahn Pusat akan bermula esok 24 hingga 26 Julai bertempat di Kem Rimba Ilmu Juasseh Kuala Pilah.
Latihan akan bermula jam 3.00 petang. Anggota yang terlibat akan didedahkan dengan pelbagai modul yang akan digunakan di peringkat kebangsaan.

Selamat Maju Jaya

Monday 17 July 2017

Uniform dan Aksesori TKRS

Sewaktu menghadiri perkhemahan Perdana TKRS dan KRS peringkat Negeri baru-baru ini saya rasa terpukul dengan pemakaian uniform TKRS. Bukan salah guru atau pelajar tetapi peniaga uniform yang terlalu memandai-mandai menyatakan mereka mengikut kehendak kementerian. Berikut sebagai panduan untuk guru-guru TKRS jika ingin menyediakan uniform TKRS pelajar-pelajar

Seluar
Seluar sekolah berwarna biru tua untuk TKRS Putera dan Puteri
Kemeja- kemeja hijau (Pakaian No 3). Lengan pendek untuk lelaki dan lengan panjang untuk perempuan

Aksesori Pada Bahagian Kepala

Beret KRS berwana Hijau Sherwood dark green
Pelapik Merah dan Lencana Beret KRS
Hackle atau jambul
Tudung hijau sherwood darkgreen untuk perempuan

Aksesori pada Kemeja
Lencana Kolar Bulat
Lencana Poket
Tanda Nama berlatar hitam dan tulisan putih
Lanyard merah
Tanda Pangkat TKRS

Aksesori pada Seluar
Tali Pinggang kanvas dengan buckle KRS

Kaki
Kasut kanvas hitam/kulit atau PVC hitam
Stokin hitam

Tambahan
Mafla merah untuk lelaki sahaja


Sunday 16 July 2017

CADANGAN UNTUK BAHAN KETATANEGARAAN KRS


SEJARAH PERJUANGAN TUK JANGGUT


INGGERIS cuba menyembunyikan cerita sebenar mengenai Tok Janggut. Lelaki tersebut dan kumpulannya dituduh penderhaka kepada sultan, bangsa dan tanah airnya iaitu Kelantan.Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut.
Apabila tokoh yang juga ulama itu meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara.Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara.Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini.Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.



Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu.

Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati.Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan itu, Mat Hassan memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen penentangan.Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah perjuangannya.Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka.Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Mat Hassan.Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata.Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya daripada melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya.Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris.

Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak berlaku di Kelantan.Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir.Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang dianggap sebagai penindas.

Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan menderhaka.Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran.Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik Penambang bersimpati dengan Tok Janggut.Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura.Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915.Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ.

Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya beliau ditikam mati.Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya.Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantandipetik dari http://malaysiaheaven.blogspot.com/2...k-janggut.html

AL-FATIHAH UNTUK RAKAN YANG TELAH PERGI



Assallamualaikum...
Syawal yang mulia ini, saya ingin mengenang kembali beberapa rakan yang telahpun berpulang ke rahmatullah. Rakan yang kita kenal, kita pernah temui, pernah termakan budi dan pernah bergurau senda.
namun Allah lebih menyayangi mereka dan meninggalkan kenangan terindah buat kita semua.

LT KOLONEL (KRS) MOHD THANI SHAABAN
Inilah insan yang membawa dan memperkenalkan KRS kepada kita semua. bermula dengan Kadet Remaja Islam dan kini berkembang menjadi Kadet Remaja Sekolah, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan kini bertambah oleh penyertaan Kadet Remaja Sekolah Musleh. Jasa beliau perlu dihargai dan diingati oleh kita semua. 20 tahun KRS cuba berdiri setanding dengan unit unifom lain atas dasar yang beliau tegakkan berpaksikan Ilmu, Iman dan Amal. Mari kita hadiahkan surah Al Fatihah untuk beliau yang meninggalkan KRS untuk kita cernakan selaras dengan kehendak dan perubahan zaman

MEJAR (KRS) ROSLAN KAMARUDIN
Insan ini menyandang jawatan Pegawai Turus KRS Negeri Sembilan sejak KRS ditubuhkan dan saya mula bertugas dengan beliau sejak di PUSAKO lagi. Insan yang dedikasi, tenang, sabar malah penuh budi bahasa. Beliau bertugas di SMK Palong 7 dan menjulang nama sekolah tersebut hinggalah ke akhir hayat. Pemergian beliau merupakan kehilangan besar bagi KRS Negeri Sembilan dan saya antara yang begitu terasa kerana kami adalah pasukan jurulatih pertama di Negeri Sembilan. Pada awalnya hanya ada lebih kurang 9 atau 10 orang jurulatih yang diketuai oleh aruah Mejar Roslan. Tenanglah di sana duhai teman. Al-Fatihah buatmu

MEJAR (KRS) AINOL AZLAN ABDUL AZIZ
Insan yang pernah menyendang jawatan Ketua Jurulatih KRS N9. Insan yang kuat bekerja dan sentiasa dengan keriangan. TIdak pernah kenal erti penat dan lelah.  Sentiasa mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk KRS N9 khususnya dan KRS Malaysia. Namun Allah menjemputnya pada usia yang masih muda. Beliau terlibat dalam kemalangan sewaktu mengendalikan perkhemahan. Namun jasa beliau, nama beliau dan budi baik beliau akan  terus menjadi kenangan buat kami di N9. Al Fatihah untukmu tuan.

KAPTEN (KRS) ROHANA AHMAD
Masih teringat kata-kata terakhir beliau sewaktu perkhemahan KRS peringkat N(. "Saya dah serahkan semua pada dia", ujarnya sambil menunjukkan seorang guru yang membantunya. Rupanya beliau telah bersedia menyerahkan tugas-tugas yang disandang oleh beliau kepada penggantinya.  Kematiannya saya ketahui saat saya mahu menghantar dokumen ke PUSAKO, Sungai Jeletung. Ramai pegawai yang tiada. Rupanya mereka menghadiri pengkebumian aruah. teringat kelembutan dan senyumannya. Dan aruah meninggalkan seorang bayi yang baru lahir. Barangkali, bayi itu telah menanjak ke umur belasan tahun kini. Apapun teman, Al_Fatihah untukmu. Damailah di sana.

KAPTEN (KRS) MAZLAN (Lupa nama penuh aruah)
Pernah bersama beliau di Air Keroh Country Resort sewaktu Kursus untuk Penolong Kanan Koko N9. Periang dan penuh dengan lawak jenaka. Ada sahaja gurauan yang beliau. Sewaktu kursus beliau menghidapi masalah kekurangan gula. Sempat saya bantu apa yang perlu dan beliau kembali pulih. Sewaktu mengendalikan Kawat Kaki bersama dengan Mejar (KRS Sivanesan) untuk Kursus Asas untuk Leftenan Muda di PUSAKO Sungai Jelutung kami mendapat berita beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir beberapa jam sebelum itu. Al Fatihah buatmu teman.

LEFTENAN (KRS) ZAHARI (Saya tidak ingat yang mana satu)
Pagi kelmarin, Leftenan Arif dari SMKBBS dan Mejar (KRS) Rosnah Hj Rasli menghantar pesanan ringkas memaklumkan beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir akibat kanser dan meninggalkan 5 oran anak. Saya rasa pernah bertugas dengannya sewaktu perkhemahan KRS Kebangsaan 2011. Al Fatihah untuk teman.


Di sini, dibatu ini,
akan kutuliskan lagi
namumu dan namaku
maafkan bila waktu itu
dengan menuliskan nama kita
kuanggap engkau berlebihan
sekarang, setelah kaupergi
barulah kami mengerti
ternyata kauingin tinggalkan
KENANGAN

PERTANDINGAN MASAKAN MENGGUNAKAN RANSUM TEMPUR PKBM (L) ZON TENGAH

Meninjau aktiviti Pertandingan Masakan ransum Tempur PKBM (L)petang rabu lalu juga sesuatu yang mengujakan. Melihat bagaimana anggota-anggota PKBM (L) melaksanakan penyediaan makanan menggunakan Ransum Tempur Tentera Laut adalah sesuatu yang baru bagi saya. Mereka begitu kreatif mengolah makanan tempur menjadi hidangan yang lazat dan menarik.





PELBAGAI BENTUK GEJET DALAM AKTIVITI LUAR








KERANA DIA, MAKA KITA BERADA DI SINI...


DARI KACAMATA BEKAS PELAJARNYA....

Allahyarham Muhammad Thani Shaaban


Bismillah...

Sebelum aku berkongsi sedikit pengalaman aku dalam KRS, molek rasanya aku sentuh dulu serba sedikit berkenaan dengan Cikgu Thani. Pengalaman aku dengan beliau selama 5 tahun di SMK Raja Abdullah adalah pengalaman aku sendiri dan perihal beliau aku kupas berdasarkan pengalaman aku dengan beliau. Mungkin orang lain mempunyai pengalaman yang berbeza dengan beliau. Tapi itu adalah pengalaman mereka yang tidak pernah pula aku lalui.

Cikgu Thani adalah anak kelahiran Pulau Pinang. Aku pernah sekali pergi ke kampung beliau semasa aku berada di tingkatan 4 (semasa menyertai 'Perasmian KRS Peringkat Negeri' Pulau Pinang). Aku berada di sana lebih kurang 4 hari 3 malam (kalau tidak salah) bersama-sama dengan semua kawan-kawan dari SMK Raja Abdullah menaiki sebuah bas yang disewa khas untuk tujuan Perasmian KRS Peringkat Negeri. Kami tinggal di sebuah asrama di sebuah sekolah di Penang. Aku sudah tidak ingat lagi nama sekolah tersebut, maklumlah, sudah 14 tahun kisah ini berlalu. Mungkin satu hari nanti aku akan kupaskan peristiwa aku ke sana.

Ramai yang tidak tahu bahawa sebelum Cikgu Thani menjadi seorang guru, beliau pernah bekerja sebagai 'Tukang Besi' di Penang. Yelah, sementara tunggu keputusan hendak 'apply' mana2 lepas SPM, mestilah hendak cari duit sikit. Kalau tidak boleh menampung keluarga pun, cukuplah dapat menampung diri sendiri. Samalah macam Cikgu Thani. Sebagai seorang anak yang sudahpun menamatkan persekolahan, tentu saja niat dihati untuk membalas jasa ibubapa yang sudah lama mendidik dan membesarkan beliau. Namun, mengikut cerita beliau yang diceritakan sendiri pada aku, beliau cuma bekerja sebagai Tukang Besi selama beberapa bulan saja. Kemudian, beliau telah mendapat tawaran ke Maktab. Bidangnya, Sains Pertanian.

Cikgu Thani sepertimana aku mula kenal beliau merupakan seorang guru disiplin di SMK Raja Abdullah. Kebetulan, beliau merupakan seorang guru yang mengajar pelajar2 sesi petang di waktu itu. Di SMK Raja Abdullah, terdapat kelas peralihan untuk pelajar2 yang datang dari Sekolah Jenis Kebangsaan. Mereka ini memang cukup kenal dengan Cikgu Thani walaupun sebenarnya kelas peralihan semasa itu berada di sesi pagi. Pelajar2 yang telah tamat kelas peralihan akan ke Tingkatan 1 bersama-sama dengan pelajar2 dari Sekolah Kebangsaan yang biasa. Aku mula mengenali Cikgu Thani pun semasa keadaan kelam kabut pelajar2 bekas kelas peralihan yang berlari seribu langkah apabila nampak kelibat beliau. Kadang2 itu, aku pun tidak faham mengapa mereka lari sedangkan bukannya ada kesalahan apa2 yang mereka lakukan. Namun, itulah yang terjadi sebaik saja mereka nampak kelibat Cikgu Thani.

Antara perkara yang membuatkan mereka dapat menghidu kelibat Cikgu Thani adalah bau minyak atar beliau. 'Aiya, bau sani loh. Lari!' kata salah seorang dari mereka. Tajam betul deria bau pelajar2 x-peralihan ni. Aku sendiri pun masih belum cam lagi bau minyak wangi sendiri. Inikan pula minyak wangi orang lain. Tapi kata2 mereka memang ada benarnya. Sesiapa yang pernah berjumpa dengan beliau pasti dapat merasakan bau dan perasaan yang sama. 'Bau Thani'. Beliau sebenarnya sangat suka mengenakan minyak atar dari dalam tiub. Dulu memang selalu aku nampak minyak atar jenis ini. Cuma, sejak kebelakangan ini minyak atar sudahpun menggunakan botol baru (mengikut aliran zaman lah katakan). Pernah beberapa kali Cikgu Thani memberikan aku minyak atar tiub untuk dipakai. Kadang2, aku pakai dan kadang2 aku tidak pakai (macam istilah cekak pula, 'Pakai tak pakai, Tak pakai Pakai'). Bila aku duduk sendirian mengenangkan peristiwa 'Bau Thani' ini, aku boleh tergelak sendiri. Cikgu2 lama dalam KRS yang pernah mengenali beliau secara dekat mesti faham apa yang cuba aku sampaikan ini. Cuba tanya pada Cikgu Amir, Cikgu Fadhil, Cikgu Shaari, Ustaz Ahmad atau Cikgu Anuar.

Selain daripada aura wangi yang Cikgu Thani tonjolkan ini, ada lagi satu istilah yang aku tidak pernah dapat lupakan. 'Pedang Gaban'. Sudah pun namanya cikgu disiplin, mestilah ada rotan. Rotan itulah yang kami panggil Pedang Gaban. Ramai yang telah merasakan bisa Pedang Gaban ini. Walaubagaimanapun, aku tidak pernah kena sebat dengan beliau. Pernah sekali aku tergolong dalam pelajar2 bising semasa di perhimpunan sekolah (sebenarnya kawan2 aku yang bising), beliau menangkap aku dan kawan2. Namun, agaknya beliau tidak sampai hati hendak merotan aku, beliau berikan tugas merotan itu pada Cikgu Amir. Apa lagi, rotan Cikgu Amir pun tidak kurang bisanya. Itulah sekali seumur hidup aku dirotan di sekolah.

Banyak lagi perkara yang aku ingin kongsikan dengan semua pembaca. Kalau hendak taip semua, 5 tahun pun tidak habis. Mungkin aku akan kongsikan dalam catatan yang akan datang