Sunday 16 July 2017

JADI KRS DAN BANGGALAH DENGAN KRS


Picture

Anda telah memilih KRS sebagai salah satu aktiviti di sekolah. Bagi bakal-bakal huru pula dilatih menjadi bakal Pegawai KRS di institut perguruan. Anda menjalani latihan yang pelbagai. Dari kawat kaki sehinggalah bermalam di hutan. Melaksanakan pelbagai aktiviti yang tidak pernah terjangkau dek akal. Bergaya dengan unifom KRS dan tanda pangkat anda. Yang malang dan yang menyedihkan apabila anda berada di luar sekolah. Karektor anda berubah sama sekali. MENGAPA????
Apakah yang saya katakan ini adalah suatu tuduhan ataupun kenyataan???? Bagi saya yang telah sekian lama menjadi jurulatih KRS sedih apabila melihat pelajar-pelajar keluar dari sekolah dengan penuh disiplin tetapi bila berada di luar sekolah unifom yang tadniya KEMAS telah menjadi kusut masai. Kaki seluar yang dijerut dengan GUTTER telah berubah bentuknya. Yang perempuannya pula, tudung hijau telah menjadi tudung pelbagai fesyen. Anda bukan sahaja memalukan diri anda sebaliknya memalukan KRS di seluruh Malaysia.
Teringat saya pada satu peristiwa sewaktu membeli belah di The Mines, Sungai Besi. Sewaktu masuk ke salah satu farmasi yang terkenal saya terserempak dengan seorang pengawal keselamatan. Sayapun tak pasti apa bangsanya. Barangkali Nepal atau Bangladesh. Kemas dan segak. Bila terlihat pada beret yang dipakai saya nak tergelak. Lencana yang dipakainya adalah lencana KRS. Siapalah tuan punya syarikat yang tak mengenal identiti atau hak milik orang lain. Tapi moralnya, mat security itu kemas dan bangga dengan apa yang dipakai.

Jadi jika kita sebagai pegawai atau anggota tidak bangga dengan apa yang kita miliki, tak mungkin orang lain akan bangga dengan kita. Segalanya ebrmula dengan kita.... Fikir-fikirkan. Maniskan senyuman, kekar berdiri bersama ILMU, IMAN DAN AMAL.