Sunday 16 July 2017

GEJET DALAM KRS

Berbicara tentang gejet ramai yang menyangkakan bahawa gejet adalah sesuatu benda yang sukar kerana melibatkan ikatan dan simpulan. Sebenarnya adalah gejet boleh dibuat atau menggunakan bahagian-bahagian pokok yang diubahsuai. Contohnya ranting kayu boleh dijadikan penyangkut gelas atau cawan. Sebatang tongkol kayu boleh dijadikan tempat meletak parang atau pisau.







Antara simpulan ikatan yang digunakan ialah

Simpul Manuk dan ikatan balak
Manuk boleh digunakan untuk memulakan dan mematikan ikatan manakala ikatan balak hanya untuk memulakan ikatan.

Ikatan lain adalah ikatan serong, ikatan seraya dan silang lantai atau lilit kekacang. Gejet yang baik adalah gejet yang boleh menjadi gejet serbaguna seperti tripod. Boleh menjadi rak makanan/barang dan boleh juga menjadi menara jika saiznya dibesarkan atau meja makan atau tempat tidur.
Cuba dan lihat hasilnya.