Sunday 16 July 2017

ENTRI PERTAMA

Assalam Penggiat KRS dan TKRS

Meniti ruang masa yang semakin mendewasakan kita, adalah perlu rasanya TKRS Jelebu menghadirkan diri ke alam siber untuk berkongsi ruang dengan penggiat KRS dan TKRS di Malaysia. Hadir bukan untuk mencabar sesiapa tetapi untuk berkongsi rasa, berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan setiap pasukan di samping bertukar pendapat dan fikiran, bertukar pengalaman dan jua ilmu yang dimiliki.

TKRS Daerah Jelebu bermula di SK Kuala Klawang dengan penubuhan 1 platun percubaan. Pegawai pertamanya adalah Lt (KRS) Jamaluddin Mohamed@Alias dan Lt. Muda (KRS) Mohd Nazri yang berkoloborasi bersama dengan KRS SMK Simpang Gelami yang diketuai oleh Kpt (KRS) Norzaman Abu Hassan dan Kpt (KRS) Mahat bin Bujang. Perkhemahan pertama TKRS Jelebu diadakan bersama antara SKKK dan SMK Simpang Gelami bertempat di Tapak Perkhemahan Simpang Gelami. Pasukan ini giat menghadiri aktiviti yang dianjurkan. Kemudiannya tertubuhlah pasukan-pasukan lain seperti SK Undang Jelebu, SK Petasih (B) SK Kampai, SK Pasoh 1 dan Pasoh 4, SK Simpang Durian, SK Durian Tipus dan satu-satu sekolah orang Asli SK Putra.

SK Undang Jelebu dan SK Putra serta SK Simpang Durian giat menghantar pasukan untuk Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Sembilan. Pasukan TKRS Daerah Jelebui diperkuatkan lagi dengan kehadiran KPT (KRS) Hairul Wagiman, Kpt (KRS) Amir dan beberapa pegawai lain. SK Sepri Tengah juga pernah menjadi wakil TKRS Jelebu ke peringkat Negeri sewaktu Kpt (KRS) Norzaman Abu Hassan bertugas di sana sebelum bertukar ke Sk Undang Jelebu.

Kini TKRS Daerah Jelebu semakin mantap dengan kehadiran pegawai-pegawai baru yang dedikasi antaranya Kpt (KRS) Mohd Hafizi Asmarani (SK SImpang Durian), Kpt Mohd Fikri Abdul Fatah (SK Undang Jelebu, Lt (KRS) Nurnabilah Mustafa, SK Simpang Durian, Lt (KRS) Ros Yuzira (SK Durian Tipus, Lt (KRS) Syamiera (SK Putra) Lt Mustaqim (SK Pasoh 1) Lt (KRS) Firdaus (SK Pasoh 4) serta beberapa pegawai lain.

TKRS Daerah Jelebu kehilangan jurulatih yang berkaliber seperti Kpt (KRS) Mohd Hairul Wagiman yang telah bertugas di SPPI, JPN Negeri Sembilan, Lt (KRS) Mohd Firdaus Harun yang juga bertugas di unit yang sama. Jasa dan bakti yang dihulurkan amat bermakna untuk TKRS Jelebu.

Terkini, dua orang anggota TKRS Puteri Jelebu terpilih mewakili Negeri Sembilan membawa cabaran ke Perkhemahan KRS dan TKRS Peringkat Kebangsaan bertempat di Kem Timah Tasoh Perlis pada 28 Julai hingga 1 Ogos 2017.

Tahniah semua